selamat malam sayang...
Sayang…
Sebaik sahaja dirimu membuka mata dari tidur, bacalah doa
kesyukuran. Bersyukurlah kerana usiamu telah dipanjangkan Allah
dengan rahmayNya. Bersyukurlah kerana terselamat daripada kelalaian
dan kelemahan tidur. Dan insaflah bahawa hakikatnya, pintu taubatmu
masih terbuka. Dan ketahuilah bahawa tidur itu adalah pelajaran bagi
yang hidup merasai setengah kematian.
Melalui tidur, Tuhan telah mengajar kita mengingati kematian saban
hari. Melalui tidur, Tuhan mengajar kita hikmah mimpi. Dan adab-adab
tidur juga Tuhan tunjukkan kita melalui Nabi.oh betapa syumulnya
Islam, ia terbimbing dari hal yang sekecil-kecilnya hingga kepada
perkara yang sebesar-besarnya.
Sayang…
Berwudhu'lah sebelum tidur. Sesungguhnya Allah akan memelihara rohmu
disisiNya. Tetapi jika tidurmu tanpa wudhu', Tuhan tidak akan
memandang dikau dan membiarkan jin dan syaitan mengganggumu.
Akibatnya sayang akan terbuai mimpi-mimpi kosong yang tidak
berfaedah, malah menarik ke arah kekufuran. Pengaruh dari mimpi
sebegini berupaya mencorak perlakuanmu, jika dikau tidak mengetahui
sumber-sumbernya. Amatlah rugi jika ajal mendatangi kita ketika
sedang tidur dengan tidak berwudhu'. Roh kita akan terabai akibat
dari kelalaian kita sendiri.
Sayang…
Tidurlah di atas rusuk kanan dan menghadap kiblat. Mudah-mudahan
mimpimu dikurniakan hikmah kerana ia merupakan satu cara wahyu
diturunkan. Mimpi yang benar adalah mimpi yang diberkati Tuhanmu.
Selain itu adalah mimpi yang batil dari gangguan jin dan syaitan,
dan mimpi yang hambar terhasil dari panorama hidup seharian. Ingatan
terhadap mimpi adalah penerimaan fikiranmu mentafsirkannya.
Sekiranya dikau tidak biasa atau tidak percaya dan tidak dapat
menerima berita-berita ghaib sebagaimana dituntut oleh Al-Quran dan
As-Sunnah maka jadilah segala-galanya tidak bererti dan tidak
mendatangkan faedah dan pengajaran kepadamu. Jadikanlah mimpi
sebagai mimpi dan permainan tidurmu.
Sayang…
Tidurlah apabila merasai mengantuk. Dengan tidur anggota tubuh akan
dapat kerehatan dan tenaga akan pulih kembali. Usahlah dikau tidur
dengan berlebih-lebihan kerana perbuatan itu akan mengakibatkan
badan menjadi letih dan lesu. Akal fikiran akan menjadi lemah. Akan
tetapi, jangan pula sayang tidak tidur berpanjangan kerana dengan
berbuat demikian kewarasan fikiran akan hilang. Tidurlah sekadar
sebagaimana disyorkan Islam, ditunjukkan oleh Nabi s.a.w iaitu tidur
sebelum zohor dan selebihnya di siang hari menguruskan pentadbiran
dunia. Manakala, tidur sedikit di malam hari dan bangun
memperhambakan diri dari tengah malam hingga ke pagi. Inilah contoh
tidur yang ideal dan amalan manusia hamba yang mencari keredhaan
Tuhannya.
Sayang…
Jauhkan dirimu daripada amalan tidur dua kali di siang hari kerana
amalan itu adalah perbuatan syaitan. Hindarkan dirimu tidur terlalu
lama supaya tidak dikencingkannya. Dan janganlah tidur di siang hari
menjadi kemestian kerana tabiat ini akan mengeruhkan wajahmu dan
rezeki menjadi mahal. Berusahalah menjaga adab-adab tidur dan
elakkan dari menelentang, kaki bersilang atau tertiarap dan
mengangkat punggung. Tutuplah auratmu dan tidurlah di tempat yang
terselamat daripada fitnah. Berlindunglah kepada Allah, Insya Allah
dirimu akan mendapat berkat.
Sayang…
Ingatlah bahawa masalah tidur sering dianggap remeh temeh dalam
hidup ini, tetapi pada hakiktnya ia adalah jurang yang dalam yang
berupaya mengakibatkan dirimu hidup tak terancang, hilang matlamat
dan hilang punca. Sesungguhnya jurang ini telah dimanfaatkan oleh
musuh yang menjadikan panduan hasrat dan dengkinya dengan sumpahan
cela.
Ketahuilah sayang…
Bahawa syaitan telah bersumpah dengan tiga perkara. Selagi makhluk
Allah yang bernama manusia melakukannya, selagi itulah pintu
kesesatan terbuka luas dan mudah bagi mereka memperdaya : iaitu
Pertamanya keinginan untuk makan,
Keduanya keinginan terhadap
perempuan dan
Ketiganya keinginan untuk tidur di mana selama mana
Ktiga-tiga keinginan ini terus subur dalam diri manusia maka selagi
itulah tidak ada kegagalan untuk syaitan menyesatkan manusia. Kita
semua tidak akan terselamat kerana itu adalah sifat dan ciri-ciri
manusia. Kita hanya terselamat jika didikan Rasulullah dalam hal-hal
berkaitan kita amalkan. Itulah kurniaan Allah kepada kita, hamba
yang mencari keredhaanNya. Maka bersyukurlah sayang dan jangan
sekali-kali menyombong diri…

0 Comments:
Post a Comment
<< Home